Pakatan Harapan Melaka tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong bagi membawa isu pembubaran DUN Melaka. <br /><br />Kenyataan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari itu bagi menafikan dakwaan Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee bahawa 15 Adun, termasuk 11 dari PH akan mengadu soal pembubaran DUN kepada Agong.
