Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Adun Sungai Udang, Idris Haron berhubung dakwaan berlaku penyelewengan projek di negeri itu.<br /><br />SPRM berkata pihaknya memandang serius dakwaan bekas ketua menteri itu mengenai pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan persekutuan berhubung royalti pasir di Melaka.