Sabah dijangka menjadi negeri terakhir yang mencapai kadar vaksinasi 80 peratus untuk populasi orang dewasa, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, berdasarkan laporan mendapati tidak ramai lagi individu datang ke pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini, menyebabkan proses imunisasi menjadi lebih perlahan.

Setakat semalam, kadar vaksinasi di Sabah adalah yang terendah dengan hanya 63.3 peratus daripada populasi orang dewasa yang telah menerima dos lengkap.

Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/555849295478922