KISAH penyanyi Zaki Yamani membuat laporan polis kerana namanya digunakan tanpa pengetahuan untuk memperdaya satu produk menjadi antara berita terhangat dalam Top 5 Spotlight minggu ini.<br /><br />Bukan itu sahaja, cerita mengenai kegigihan penyanyi Usop mencari rezeki dengan berniaga pakaian terpakai melalui platform media sosial turut hit di mStar.<br /><br />Paling menjadi bualan minggu ini ialah mengenai aktor Faizal Hussein yang memilih untuk berdiam diri walaupun pernah ditawarkan dengan kadar bayaran rendah bagi sesebuah projek.