Exco Pembangunan Sosial Pulau Pinang Chong Eng menggesa kerajaan segera mencari penyelesaian yang akan memberikan kebaikan kepada semua pihak dalam isu hak kerakyatan anak.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pembangunan Komuniti Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata tidak masuk akal jika kerajaan bimbang isu ini akan menyumbang kepada ancaman keselamatan negara kerana pemohonnya adalah seorang kanak-kanak yang tidak berupaya berbuat sedemikian.

Isu kerakyatan automatik kepada bayi yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara menjadi perhatian ramai dan dipolemikkan apabila kerajaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/PWDCMalaysia/videos/2057470984412693