Peguam Latheefa Koya membidas Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mendakwa mengeluarkan "naratif palsu" mengenai isu kewarganegaraan automatik.<br /><br />Ini selepas KDN menyiarkan infografik di Twitter yang menjelaskan kelayakan untuk mendapatkan taraf warganegara kepada individu yang dilahirkan di Malaysia berdasarkan dokumen pengenalan diri dan taraf perkahwinan ibu bapa mereka.