Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa kerajaan supaya melakukan apa cara sekali pun untuk mencari sumber pendapatan baru dan membatalkan cadangan menaikkan cabutan khas judi pertaruhan kepada 22 kali sepanjang tahun ini.<br /><br />Bercakap semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)(Pindaan) 2021, katanya, peningkatan jumlah cabutan khas itu tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat.