Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan dilantik menjadi Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri.<br /><br />Perkembangan itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaacob menerusi satu hantaran di Facebooknya semalam.<br /><br />Sementara itu, portal berita Umno Online melaporkan Shahril merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada PM di atas perlantikan tersebut.