Jumlah penjawat awam yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19 mencecah 98.18 peratus setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad.<br /><br />Beliau berkata, ia bermakna jumlah penjawat awam yang belum mengambil pelalian berkenaan hanya berbaki 1.92 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta orang.<br /><br />Beliau menjawab soalan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) yang meminta penjelasan mengenai status dan hak penjawat awam yang tidak mahu mengambil vaksin dan adakah kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjawat awam itu.