Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming, yang berada di Parlimen petang semalam, diuji positif Covid-19.<br /><br />Ong berkata di Twitter, kit ujian kendirinya menunjukkan keputusan positif dan ia kemudian disahkan dengan ujian saringan RT-PCR.<br /><br />Jelasnya, dia diuji negatif pada hari Rabu lalu di Parlimen dan tidak pasti siapa atau di mana dia mendapat kontak rapat.