Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sengaja menggunakan alasan teknikal bagi mengelakkan isu Pandora Papers dibahas di Parlimen.<br /><br />Menganggap perkara itu aneh, Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sudah tiga kali beliau membangkitkan soal berkenaan mengikut Peraturan-Peraturan Mesyuarat, tetapi seolah-olah tiada keperluan untuk Speaker menyegerakan perbahasan isu tersebut.<br /><br />Dalam pada itu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu, kerana beliau sendiri merasa cemburu dan ingin mengetahui cara ahli-ahli politik mengumpul wang ratusan juta.
