Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan dalam kes kehilangan wang AS$6.94 juta, berdasarkan kertas siasatan yang diterima pada 28 Sept lepas daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<br /><br />AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telah mengkaji dan meneliti kertas siasatan berkaitan kes berkenaan.