SEJAK akhir-akhir ini, boleh dikatakan ramai selebriti yang mula berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti pelbagai aktiviti dakwah.<br />Namun Zul Ariffin atau Zulkifli Ariffin, 35, berkata dia bukan pengikut jemaah tabligh seperti yang disangka ramai pihak.<br />Menurut pelakon Penunggang Agama 2 itu, dia hanya bertemu dengan personaliti dakwah iaitu Ebit Lew bagi mengikuti program keagamaan.