Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara bersetuju untuk membentuk sebuah pasukan petugas khas bagi memperhalusi perkara berkenaan isu pembiayaan, tenaga kerja dan keperluan lain perusahaan kecil dan sederhana (PKS).<br /><br />Pengerusi MPN, Muhyiddin Yassin berkata pasukan itu akan melibatkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sumber Manusia dan kementerian lain berkaitan.
