Susulan kontroversi membabitkan pengeluaran arak jenama Timah, Dewan Ulama PAS Pusat mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan bagi menangani isu tersebut.<br /><br />Ia termasuklah menutup syarikat pengeluar berkenaan bagi mengelakkan kemunculan lebih banyak pengeluar minuman keras yang baru.