ADIK perempuan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mengakui cukup terkesan dengan sikap abangnya yang kini sudah melarikan diri ke Australia.

Meluahkan menerusi satu pertemuan eksklusif dengan mStar, Nur Mustika berkata emosinya tertekan sejak Sajat menjadi buruan polis.

Lebih menambah luka di hati apabila tindakan cuba menjaga nama baik abang dan keluarga disalah erti kononnya dia cuba menumpang populariti.

"Mak beritahu Sajat marah, dia kata saya bodoh tak tahu apa-apa kerana cakap dengan wartawan.

"What, bodoh? Ok sekarang saya nak tunjuk cara pandai iaitu beritahu segala-galanya.

"Sedikit ucapan terima kasih pun tak ada, yang dia tahu maki, maki, maki," katanya.