Najib Razak memohon kepada mahkamah untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan penyerahan pasportnya kerana ditugaskan untuk membantu jentera Umno di PRN Melaka.<br /><br />Bekas perdana menteri itu memohon tarikh itu dipinda daripada 20 Oktober hingga 22 November, kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini.