Mahkamah hari ini bersetuju untuk memulangkan sementara pasport milik peguam Muhammad Shafee Abdullah agar dia dapat ke New York, Amerika Syarikat bagi menguruskan anak lelakinya yang menyambung pengajian di sana.<br /><br />Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Muhammad Jamil Hussin hari ini membenarkan permohonan itu dan memulangkan pasport Shafee bermula hari ini hingga 3 Disember ini.
