Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pengungkaian tujuh Ordinan Darurat yang dikuatkuasakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.<br /><br />Ia diluluskan sebulat suara dengan Timbalan Speaker, Mohd Rashid Hasnon mengumumkan lebih suara ahli parlimen bersetuju terhadap usul pengungkaian berkenaan.<br /><br />Undang-undang itu yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini, pertama kali diisytiharkan pada Januari dan berakhir pada Ogos tahun ini.
