Najib Razak membidas dakwaan layanan berbeza yang dibangkitkan Dr Mahathir Mohamad ke atasnya, berhubung keputusan mahkamah yang membenarkannya mendapatkan pasport buat sementara. <br /><br />Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan Mahathir semalam, yang menyifatkan Najib sebagai 'penjenayah VIP pertama di Malaysia' kerana menerima layanan berbeza, dan pemulangan pasport itu sebagai satu 'kes luar biasa'.
