PEMERGIAN Allahyarham Mamat Khalid meninggalkan kesan mendalam kepada pelakon Afea Deanna yang mula dikenali menerusi karakter Yah Kuchai dalam drama Kampong Pisang Bersiri-siri.<br />Walaupun tidak memiliki pengalaman dalam bidang lakonan, namun Afea Deanna Baharudean , 21, bersyukur apabila bakatnya digilap oleh pengarah tersohor seperti Mamat.<br />Menurut Afea, arwah percaya dengan bakat yang dimilikinya serta sentiasa memberi kata-kata semangat jika dia berdepan rasa sedih.
