Dewan Rakyat sedikit tegang hari ini apabila perkongsian Abdul Azeez Rahim (BN - Baling) bagaimana beliau berbicara dengan seekor gajah dalam Bahasa Tamil telah mencetuskan kemarahan RSN Rayer (PH - Jelutong).<br /><br />Rayer dalam bantahannya kepada Speaker Azhar Harun menyifatkan kenyataan Azeez itu sebagai kurang ajar dan menghina masyarakat yang berbahasa Tamil.<br /><br />Azhar kemudian mengarahkan Rayer untuk keluar daripada dewan selama 10 minit selepas arahannya kepada ahli Parlimen itu untuk bertenang tidak diendahkan.
