Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini membantah usul berhubung penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan dibincangkan di Persidangan Kamar Khas pada pukul 2.30 petang ini.<br /><br />Menurut Anwar, isu tersebut yang menyentuh kepentingan ekonomi negara perlu dibahas secara terbuka di Dewan Rakyat. <br /><br />Terdahulu Speaker Azhar Harun membuat keputusan itu selepas mengambil kira Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul yang perlu dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.