Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memperoleh semula pegangan sahamnya dalam Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB), berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).<br /><br />Ini sekali gus menjadikannya pemegang saham terbesar dalam syarikat yang ditugas melaksanakan pembinaan tapak pelupusan kekal sisa (PDF) Lynas Malaysia di Kuantan. <br /><br />GSSB ialah kontraktor utama bagi rancangan pembinaan kemudahan PDF Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang, menurut laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA).
