Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong menafikan dia cuba lari daripada cukai apabila menyimpan dana di luar pesisir, seperti yang disebut dalam Kertas Pandora.

Leong sebaliknya berkata, dia memilih untuk melabur di luar negara sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding pasaran dalam negara pada era 1990-an.

Leong berkata demikian dalam forum atas talian berkenaan Kertas Pandora yang dianjurkan NGO Pusat Melawan Rasuah dan Kronisme (C4) semalam.

Sumber video: https://fb.watch/8VTQ375Z5f/