Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar pada tahun depan.<br /><br />Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah itu naik berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.<br /><br />Katanya, bantuan itu kelak akan memanfaatkan tiga juta murid layak, membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta.