Peruntukan khas akan disediakan untuk membaiki rumah di kampung baru Cina.<br /><br />Dana juga akan diberikan kepada usahawan India menerusi skim mikrokredit Tekun dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra). <br /><br />Peruntukan khas juga akan diberikan untuk penduduk Sabah dan Sarawak bagi kegiatan kebudayaan, juga buat komuniti Orang Asli untuk program peningkatan taraf hidup.
