Kerajaan akan memperkenal cukai khas secara one-off - diberi nama cukai makmur - kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi.<br /><br />Menurut Tengku Zafrul, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan 24 peratus.<br /><br />Pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.
