Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, kerajaan tidak lagi membuat campur tangan berhubung harga tiket penerbangan domestik namun kerajaan boleh menggalakkan syarikat untuk memberi harga murah sebagai tanggungjawab sosial. <br /><br />Kata Wee, harga tiket dan jadual penerbangan akan kembali stabil apabila kekerapan penerbangan kembali meningkat. <br /><br />Wee menjawab soalan Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) dan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) mengenai kenaikan tambang bagi perjalanan ke Sarawak dan Sabah, yang mencecah sehingga RM1,599 untuk penumpang kelas ekonomi.
