Dr Mahathir Mohamad (Pejuang - Langkawi) hari ini sekali lagi membangkitkan mengapa bekas perdana menteri Najib Razak yang telah didapati bersalah oleh mahkamah, namun tidak menjalani hukuman. <br /><br />Beliau juga mempersoalkan sekiranya kerajaan serius dalam mendapatkan semula wang negara yang telah diseleweng melalui skandal 1MDB. <br /><br />Terdahulu Mahathir mempertikaikan peruntukan RM332 bilion bagi Bajet 2022, dengan mengatakan RM98 bilion daripada peruntukan tersebut adalah hutang.
