UMUM tahu drama Gerak Khas antara karya mendapat tempat di hati penonton.

Pastinya ramai rakyat Malaysia membesar dengan drama terbitan Skop Productions ini.

Rata-rata peminat drama kepolisan ini berpendapat pelakon yang beraksi dalam drama ini adalah anggota polis yang sebenar.

Tampil berkongsi cerita, pelakon Deen Maidin yang memegang watak Detektif Lingam akui dia sering dianggap sebagai pegawai sebenar badan beruniform berkenaan.

“Banyak kali dah cakap saya sebenarnya bukan anggota polis, sampaikan ketika lalu di roadblock saya nampak anggota polis berdiri tegak.

“Saya cakap bukan anggota tapi polis itu tetap cakap jangan tipu, ini semua salah Yusuf Haslam sebab dia yang bawa saya ke dunia seni dengan watak ini,” katanya kepada mStar.

Menurut pelakon berusia 56 tahun ini, dia juga sudah tidak berkunjung ke Petaling Street selama hampir 20 tahun kerana risau dengan keselamatan.

“Orang cop saya polis kalau pergi mana pun, sejujurnya dekat 20 tahun tak pergi Petaling Street, risau kat situ orang ingat saya polis… masak saya.

“Saya banyak jumpa dengan anggota polis muda, mereka kata sebab Gerak Khas mereka rasa nak jadi polis dan paling menarik sebab drama ini ada pengikut yang tersendiri,” katanya.