Lapan maut dan puluhan cedera selepas menghadiri konsert penyanyi Travis Scott, 29, sewaktu acara Astroworld Fest yang berlangsung di Houston, Texas kelmarin.<br /><br />Ketua Polis Bandaraya Troy Finner berkata pihaknya telah membuka penyiasatan jenayah oleh detektif pembunuhan dan narkotik berikutan laporan yang tidak disahkan bahawa seseorang dalam penonton "menyuntik orang lain dengan dadah."