Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober lalu sebagai ‘bajet sembelit'.<br /><br />Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berkata, ini kerana hasil inti pati bajet yang dibentangkan itu jelas sekali tidak menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.