Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses menyediakan unjuran berkenaan jumlah pegawai perubatan yang perlu dilantik secara tetap.<br /><br />Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata unjuran itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan untuk meneliti pelantikan jawatan tersebut mengikut keperluan pada masa depan.<br /><br />Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang ingin tahu implikasi kewangan sekiranya kerajaan melantik kesemua doktor kontrak ketika ini secara tetap, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
