Polis Kajang sedang mengesan seorang pemandu samseng yang bertindak kasar terhadap seorang penunggang motosikal di jalan raya di Bandar Teknologi Kajang semalam.<br /><br />Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan yang dibuat berhubung tindakan kejadian itu.
