Lapan wakil PAS yang dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka adalah yang mampu membuat kejutan dan menarik pengundi muda.<br /><br />Itu kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kepada pemberita hari ini. <br /><br />Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata kesemua calon PAS itu datang daripada pelbagai latar belakang, namun mempunyai ‘satu sasaran’ iaitu membawa kemenangan kepada parti di bawah ‘payung’ Perikatan Nasional.