Kerajaan menolak dakwaan bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador bahawa wujudnya "kartel polis" yang menyebabkan masalah kepada perkhidmatan polis.<br /><br />Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri berkata siasatan awal tidak menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.