Pengerusi PH Anwar Ibrahim hari ini mencadangkan agar satu debat terbuka dianjurkan antara calon-calon Ketua Menteri dari PH, BN dan PN yang bertanding di Melaka.<br /><br />Ini selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa memberi gambaran bahawa semua calon di PRN Melaka akan diberi ruang untuk berkempen di stesen televisyen dan radio kerajaan.
