Pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) malam tadi cuba meyakinkan pengundi-pengundi Melaka bahawa gabungan itu ialah pilihan terbaik dalam pilihan raya negeri Melaka.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dalam ucapannya yang disampaikan secara dalam talian kerana kekangan kempen fizikal akibat Covid-19, menghentam Umno yang dianggap sebagai seteru utama berbanding Pakatan Harapan.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapan di majlis Pentas PRN Melaka Bersama Pimpinan yang diadakan di Shah Alam malam tadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/videos/269487345141677