Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh enggan dikaitkan dengan isu calon ketua menteri Melaka BN, meskipun terdapat khabar angin sebelum ini bahawa dirinya bakal menyandang jawatan tersebut. <br /><br />Calon BN di DUN Tanjung Bidara itu menganggap bahawa ia merupakan isu yang telah selesai selepas Sulaiman Md Ali diumumkan sebagai calon ketua menteri sejak awal November lalu.