Satu delegasi Parti Gerakan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selepas PRN Melaka bagi membincangkan keputusannya mengharamkan kedai nombor ekor di negeri itu.<br /><br />Ketika ditemui di Melaka hari ini, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata beliau menghormati hak mana-mana kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar mereka, namun menegaskan hak mereka yang bukan beragama Islam juga dilindungi di bawah undang-undang.
