Calon ketua menteri BN, Sulaiman Md Ali hari ini membuang undi di sekolah rendahnya sendiri dan berpuas hati kerana proses pengundian berjalan lancar.<br /><br />Beliau turut menggesa orang ramai yang belum mengundi untuk keluar mengundi kerana PRN Melaka ini adalah untuk penggal lima tahun, dan tidak akan ada lagi pilihan raya negeri tahun depan.