Berdasarkan papan markah bilik gerakan BN di Ayer Keroh, gabungan itu setakat ini mendahului di PRN Melaka dengan mempertahankan kemenangan dan menawan beberapa kerusi. <br /><br />Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon BN di Tanjung Bidara Ab Rauf Yusof telah mengenepikan calon PN, Mas Ermieyati dengan majoriti kecil. <br /><br />Selain itu, calon BN di Kuala Linggi, Rosli Abdullah,yang bertanding buat kali pertama mengumpul 51 peratus undi yang dikumpulkan hari ini.
