Veteran DAP Lim Kit Siang menyifatkan tindakan meletakkan kesalahan ke atas Anwar Ibrahim atas kekalahan PH di Melaka sebagai tidak produktif.<br /><br />Kenyataan itu dibuat ketika terdapat beberapa pihak yang mahu Anwar berundur sebagai ketua pembangkang, susulan prestasi buruk PH dalam PRN Melaka baru-baru ini.