Saranan supaya PRU-15 disegerakan bukan untuk kepentingan Umno dan BN yang baru sahaja memenangi PRN Melaka, sebaliknya bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat.<br /><br />Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan semalam.
