Pasukan peguam Najib Razak memohon penangguhan keputusan Mahkamah Rayuan yang pada mulanya ditetapkan pada 8 Dis, berhubung sabitan dan hukuman atas tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.<br /><br />Permohonan penangguhan ke tarikh selepas 13 Dis itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura.