Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini menggesa Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun untuk campur tangan berhubung siasatan polis yang dilakukan terhadap ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman.<br /><br />Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu merujuk kepada jawatankuasa untuk mengambil tindakan dalam sebarang isu berhubung pandangan ahli Parlimen.<br /><br />Semalam Azis mengesahkan telah dipanggil untuk membantu siasatan berhubung ucapannya yang memberi amaran bahawa gesaan supaya Sabah berpisah dengan Malaysia semakin lantang susulan peruntukan “tidak adil” dalam pembentangan Bajet 2022.