Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu Dewan Rakyat, bahawa harga perkhidmatan 5G pada masa hadapan akan jauh lebih rendah berbanding kos penggunaan 4G semasa.<br /><br />Beliau berkata syarikat pembangun dan pengurus 5G di Malaysia, Digital Nasional Bhd akan mengenakan bayaran kurang daripada 20 sen bagi setiap gigabait (GB) 5G kepada operator rangkaian mudah alih.
