SIAPA yang tidak kenal dengan watak happy go lucky penyanyi dangdut Ani Mayuni.

Namun dalam kelincahannya beraksi di pentas Gegar Vaganza musim ke-8, dia sebenarnya agak gementar setiap kali naik atas pentas,

Kata Ani, dia berasa hilang keyakinan kerana ini merupakan kali pertama dia bertanding tanpa kehadiran arwah ayahnya Osman Naiyuni di sisi.

“Saya kuat sebab dia (ayah) sebenarnya, saya sampai tahap ini dan berada di sini pun sebab dia... kalau diikutkan saya nak berhenti menyanyi.

“Orang nampak saya ceria sebenarnya di dalam saya tak ceria, saya cari dia setiap kali atas pentas sebab dia juri saya yang sebenar.

Untuk rekod, Osman Naiyuni @ Maiyuni meninggal dunia pada 2010 akibat demam dan jangkitan kuman pada usia 55 tahun.