KETIKA kecoh kisah usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli membawa diri ke Indonesia kerana merajuk, Datuk Seri Vida mempersoalkan kemampuan bekas pembantu peribadinya itu dalam mencari pengganti.

Ujar ahli perniagaan sensasi itu, dia yakin Iqbal tidak berjaya menemui penganti baharu di negara seberang itu lebih-lebih lagi wanita yang seperti dirinya.

“Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Saya rupawan dan genit-genit manja.

“Kau mampu nak cari pengganti seperti aku? tidak sekali-kali! Sekarang saya enjoy dengan kehidupan saya” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Vida turut bersyukur anaknya iaitu Cik B telah kembali pulih selepas dijangkiti Covid-19.

“Akhirnya Cik B dah bebas daripada Covid-19, Alhamdulillah proses penyembuhan sangat cepat dan saya sangat bersyukur,” katanya.